Make your own free website on Tripod.com

FALSAFAH SEKOLAH

FALSAFAH PELAJAR
Sesungguhnya setiap pelajar mempunyai potensi dan berupaya menjadi insan yang kamil. Oleh itu, setiap pelajar akan diberi peluang seluas-luasnya untuk memperkembangkan potensi masing-masing secara bersepadu, seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

FALSAFAH GURU
Guru-guru mempunyai keupayaan, ketabahan dan kesungguhan memikul tanggungjawab mendidik dan membimbing secara berterusan, berteraskan kepercayaan kepada Tuhan untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada setiap pelajar sekolah ini agar berketrampilan, berdaya saing, berbudaya kreatif, saintifik dan bermoral tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

FALSAFAH KTBM
Setiap pekerja mempunyai potensi untuk menghasilkan dan mempamerkan budaya kerja yang cemerlang. Sesungguhnya sesuatu kecemerlangan dalam pekerjaan memerlukan pengorbanan.