Make your own free website on Tripod.com

PIAGAM PELANGGAN

- Berusaha ke arah memberi pendidikan terbaik berdasarkan budaya ilmu;

- Tabah memikul tanggungjawab dan berusaha mendidik serta membimbing pelajar sekolah ini agar berketrampilan, berdaya saing, berbudaya kreatif, saintifik dan bermoral tinggi, selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara;

- Sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan melalui akademik dan kokurikulum;

- Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping persekitaran yang bersih, indah dan kondusif;

- Berusaha mewujudkan pengurusan pendidikan yang cekap, dinamik, berteraskan pembaharuan berterusan;

- Memastikan semua staf sekolah mengurus kerja dengan dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, komited dengan cekap, pantas dan bijaksana;

- Berusaha meningkatkan kegemilangan dan menjaga martabat profesion perguruan;

- Prihatin terhadap masalah dan disiplin pelajar serta sentiasa berusaha untuk menanganinya;

- Sedia bekerjasama dengan ibubapa dan masyarakat serta menjalin hubungan yang harmonis demi kebaikan bersama.