LATAR BELAKANG

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mula diperkenalkan di dalam sistem persekolahan kita pada tahun 1960an. Selama ini perkhidmatan ini lebih menitik beratkan bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah -sekolah kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari masa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanan Dasar Pelajaran(1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79. `Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja`. Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi latihan kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka. Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah:

a. Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidkkan selama seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982.

b. Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan kursus khas selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.

c. Mulai tahun 1980 juga Universiti Kebangsaan Malaysia memperkenalkan Kursus Diploma Kaunseling selama dua semester bagi guru-guru bimbingan yang berijazah.

d. Mulai tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling selama 4 tahun . Keutamaan diberi kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kauseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun.

e. Mulai tahun 1982 juga , Bahagian Pendidikan guru mula memperkenalkan Kursus Dalan Cuti(KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti penggal persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan rancangan tersebut.

f. Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula meperkenalkan kursus khas selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingandan Kaunseling.

g. Mulai tahun 1987 Institut Peguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan KUrsus Diploma Bimbingan dan Kaunseling setahun bagi guru-guru bukan siswazah.

h. Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama tiga bulan termasuk praktikum.

i. Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan Darul Aman, Jitra Kedah.

j.Dato' Seri Najib Tun Razak merupakan menteri pendidikan yang bertanggungjawab dalam membuat pengumuman berhubung perkhidmatan kaunseling sepenuh masa di sekolah dan telah disambut baik oleh golongan pendidik yang telah lama menghadapi masalah tidak dapat melayani para pelajar yang memerlukan perkhidmatan dengan sebaiknya kerana kekangan masa disebabkan terpaksa menjalankan tugas mengajar walaupun dilantik sebagai kaunselor atau guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Perkhidmatan kaunselor sepenuh masa di sekolah hanya mula berkuat-kuasa dengan rasminya secara praktik pada tahun 1997.

VISI

MEWUJUDKAN IKLIM PENDIDIKAN YANG KONDUSIF, TERAPEUTIK DAN EFEKTIF DARI ASPEK FIZIKAL,PERHUBUNGAN DAN PENGURUSAN BERTERASKAN KONSEP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BERKUALITI SECARA MENYELURUH DAN BERKESAN DEMI KECEMERLANGAN PELAJAR DAN SEKOLAH. MISI DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MENOLONG BANTU PELAJAR DARI ASPEK PENGAYAAN,PERKEMBANGAN, PENCEGAHAN DAN PEMULIHAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN PENGETAHUAN,KETRAMPILAN DAN KONSEP KENDIRI POSITIF YANG PERLU DALAM MENGHASILKAN MASYARAKAT 'MADANI' MELALUI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING. FALSAFAH BAHAWASANYA SETIAP PELAJAR MEMPUNYAI POTENSI YANG BOLEH DIGEMBELINGKAN SECARA OPTIMUM MENERUSI PENGURUSAN MENYELURUH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG CEKAP, BERKESAN DAN BERAMANAH BERTERASKAN SUMBER DALAMAN DAN LUARAN BAGI MELAHIRKAN PELAJAR YANG SEIMBANG DARI ASPEK INTELEKTUAL, JASMANI, EMOSI DAN ROHANI SERTA BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH

MATLAMAT

Matlamat utama Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ini ialah sebagai mangkin kepada usaha Kementerian Pendidikan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berfikiran positif dan cemerlang dalam semua bidang pendidikan seterusnya dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan sebenar di sekolah ini khususnya dengan menyediakan perkhidmatan yang sistematik dan standard berlandaskan kepada etika profession kaunseling di negara ini.

OBJEKTIF

Objektif sebenar perkhidmatan kaunseling sepenuh masa ialah untuk membantu pelajar-pelajar di sekolah mengenalpasti potensi , bakat, kebolehan dan kelemahan yang ada dalam diri pelajar. Perkhidmatan kaunseling adalah lebih kepada perkhidmatan membantu pelajar memperkembangkan potensi diri. Kaunselor adalah sebagai penunjuk arah dan memberi beberapa alternatif yang dapat membantu pelajar kea rah membentuk personaliti yang seimbang, berkeyakinan diri, bermotivasi tinggi, cekal dan bersedia untuk menghadapi semua cabaran dalam hidup.

 

SKOP KAUNSELING

1. PERKHIDMATAN KAUNSELING IALAH PERKHIDMATAN YANG MEMBERI PELUANG KEPADA KLIEN UNTUK BERKEMBANG KE ARAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BAHAGIA DAN BERMAKNA. IA MERANGKUMI USAHA KERJA DENGAN INDIVIDU ATAU KUMPULAN. OBJEKTIF PERHUBUNGAN KAUNSELING BERBEZA MENGIKUT KLIEN.

2. SKOP PERKHIDMATAN KAUNSELING MELIPUTI ISU-ISU PERKEMBANGAN ANALISIS DAN PENYELESAIAN MASALAH, MEMBUAT KEPUTUSAN, MENANGANI KRISIS, MENGEMBANGKAN PERSEFAHAMAN KENDIRI,MENINGKATKAN KETAHANAN EMOSI SEMASA MENGHADAPI KONFLIK DALAMAN ATAU MEMPERBAIKI DAN MEMPERTINGKATKAN HUBUNGAN DAN INTERAKSI DENGAN INDIVIDU LAIN.

3. KAUNSELOR BERPERANAN SEBAGAI FASILITATOR KEPADA KLIEN DALAM MENANGANI ISU DAN MASALAH YANG DIHADAPI DENGAN MENGHORMATI MARTABAT DIRI,NILAI DAN KEUPAYAANNYA.