Make your own free website on Tripod.com
     

Selamat Datang ke laman web:

    
 

[Latar belakang]
[Carta Organisasi]
[Pembimbingan Rakan Sebaya]
[Kerjaya]
[Bidang dan Tanggungjawab Kaunselor]


 

VISI

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah. Misi dengna penuh rasa tanggungjawab dan bersunguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan, perkembangan, pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pergetahuan, ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat 'madani' melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. falsafah bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

MATLAMAT

Matlamat utama Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ini ialah sebagai mangkin kepada usaha Kementerian Pendidikan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berfikiran positif dan cemerlang dalam semua bidang pendidikan seterusnya dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan sebenar di sekolah ini khususnya dengan menyediakan perkhidmatan yang sistematik dan standard berlandaskan kepada etika profession kaunseling di negara ini.

OBJEKTIF

Objektif sebenar perkhidmatan kaunseling sepenuh masa ialah untuk membantu pelajar-pelajar di sekolah mengenalpasti potensi , bakat, kebolehan dan kelemahan yang ada dalam diri pelajar. Perkhidmatan kaunseling adalah lebih kepada perkhidmatan membantu pelajar memperkembangkan potensi diri. Kaunselor adalah sebagai penunjuk arah dan memberi beberapa alternatif yang dapat membantu pelajar kea rah membentuk personaliti yang seimbang, berkeyakinan diri, bermotivasi tinggi, cekal dan bersedia untuk menghadapi semua cabaran dalam hidup.